5 August 2011

Ikhlas ke???

Lokasi : Bilik Meeting

meeting sedang berjalan dengan lancar... pengerusi baca minit ke tak....langsung tak perasan... mcm tak je...
tetiba..........

bos 2:  aaaa cik.............. (kuli 1) mana design utk baju batik perasmian tu....( ok muka dia senggeh2 mcm kerang nak busuk... tapi kerang comei dari dia....ini senggeh bukan senggeh suka ye... nampak tak ikhlas langsung...) saya dengar awak hebat sangat... saya nak tgk jugak hasil kerja awak tu........(damn i hate that)

kuli 1 : senggeh... (dia bukan fashion designer.... macam mana nak design2 batik ??? buat kena gelak dgn tukang canting je nanti)

kuli 2 : mencebek

kuli 3 : mencebek

kuli 4 : lagi mencebek....


mangsa keadaan.... kena perli dalam meeting... boleh merah muka... berapi je dengar... nasib tak hanggus...

sekarang nie sapa punye anggkara sebar maklumat tak betul... cis boleh menyebabkan carut di bulan puasa....

4 August 2011

Paku Didinding Hatimu

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu"
jawab ayahnya.
  

 Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebutkepada bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah
melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
 Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. 


Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan muke arah kejayaan.


Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side."

Hari ke 4 Puasa

Hari pertama daftar blog...

Berkat Ramadhan...